Tuesday, November 20, 2012

cinta hatyai

“jika itulah keputusan abang, leha redha.. abg buat lah asalkan tenang hati abang tu. Tapi satu leha pinta.. abang bimbinglah leha ke syurga”


Tersentap Ijoi mendengar luahan Zaleha.Isteri yang Ijoi sanjungi dulu.perempuan yang Ijoi gilakan.Mampukah Ijoi tunaikan permintaan Zaleha. Ijoi sembahyang pun tidak pernah cukup lima waktu,inikan pula nak bimbing Zaleha ke syurga. Masa mula2 kahwin dulu Ijoi memang rajin sembahyang,mengaji, mngajar Zaleha tentang agama.Zaleha suka. Zaleha tenang bila dalami Islam.

Zaleha yakin suaminya mampu beri tunjuk ajar.Dia tidak risau.Ijoi seperti ustaz.Tapi itu dulu.. lima tahun sudah berlalu.Segalanya berubah.Ijoi tidak selalu di rumah menemani Zaleha dan Nabila.Entah kemana merayap,entah di mana port Ijoi.Ada orang ckap ijoi di rumah bujang Zedi dan kawannya.Rumah bujang Zedi jauh dari jiran.Terselit dalam kebun kelapa sawit. Ada juga yang nampak motorsikal CBR Ijoi di laman rumah Dayah. Janda anak satu.Solid.Molid.Bergetah.

Pak haji Hassan ketua kampung pernah cuba meminang.Dayah tak mau. Dayah tolak dengan baik. Pandai Dayah berkata-kata.Pak haji Hassan ada dua isteri. Dua-dua masih cantik.Untung isteri-isteri Pak Haji Hassan.Ada harta cukup beriman.Pak haji Hassan memang adil dengan isteri-isteri beliau.Tapi entah mengapa Dayah tak pandang itu semua.Apa yang Pak Haji Hassan tak ada? Cakap apa saja,pasti dapat.

Kenapa motorsikal Ijoi di rumah Dayah. Ada orang cuba mengintai rumah Dayah.Tapi sunyi.Kosong.Tidak ada satu suara pun.Memanglah tidak ada sebab Ijoi dan Zaleha keluar. Mereka dating dengan kereta Dayah. Kadang-kadang Dayah bawa anaknya.Nak biasakan Fatihah dengan bapa barunya.Mungkin.Tapi betulkah Dayah nak kahwin dengan Ijoi.Ijoi pun kaya,ada perniagaan sendiri.Ijoi memang mampu dalam bab duit.Mungkin sebab tu IJOi yakin Dayah boleh cair.

*** Ijoi masih berdiam, biarkan Zaleha terus melayan amarah,kecewa.Ijoi tak tau nak cakap apa. Kalau cakap pun tidak ada yang akan berubah.Ijoi dah nekad nak ambil Dayah sebagai isterinya yang sah. Ijoi dah janji dengan Dayah. Ijoi nak sara Dayah, Fatihah.Ijoi mampu. Kasihan dengan Dayah.Lapan tahun tidak bersuami.Tidak dibelai.Kehausan kasih sayang dari suami.Fatihah tak pernah jumpa bapa.Tak pernah menyebut nama ayah,bapa seperti kawan-kawan sebaya Fatihah.Sekadar wujud binti Harun.Tapi bayang Harun pun Fatihah tidak dapat bayangkan.Ijoi nak ganti Harun.Nak jadi suami Dayah.Nak jadi bapa Fatihah.Ijoi rasakan dia bertanggungjawab untuk sara Dayah.Tapi tak bermakna cintanya pada Zaleha sudah pudar.tidak akan pudar walau sedetik.Bersusah payah Ijoi nak dapatkan Zaleha dulu.Dari JB ke Hatyai.Sebulan sekali pasti IJOI akan ke Hatyai menemui Zaleha.Ijoi sanggup berhabis wang kerana Zaleha. Ijoi tak kesah, gaji dia beribu.Baginya berbaloi memiliki perempuan secantik Zaleha.wajah siam,kulit putih gebu.Untung IJOi dapat orang Hatyai.Ijoi harap suatu hari nanti dapat anak comel macam Zaleha.Tak sampai setahun Zaleha dah melahirkan Nabila.Memang tak tumpah macam Zaleha.Sedikit pun tiada acuan Ijoi.Tapi mereka tak kesah.Asalkan mereka ada anak.Terbukti Ijoi dan Zaleha subur
CONTINUE....

2 comments:

Metal Sangap said...

perghhh baru gua tau lu dah buat cerpin basah yer haha..

Metal Sangap said...

woiii update la